Wednesday, February 27, 2013

Nota Hati Seorang Siswi..T_T

Kerna aku seorang siswi,
I want to be what I want to be,
Azam dikunci sepenuhnya...no backward anymore,
Langkah bermula setapak demi setapak... hinggakan berlari tanpa peduli manusia kanan dan kiri,
Namun, aku bukan begitu...,
Siapa yang redup jalannya... pasti ku cuba lukiskan pelangi sepanjang perjalanannya,
Because we're Muslim,
need to complete each other...never left a friend behind us,
is it right?.

Hari-hari ku ditemani 3 in 1,
Yakni, Al-Quran, diari dan kitab,
eh, kenapa hanya 3? bukannya 10 atau 20?
Senyum ku sendiri, kamu belum mengerti wahai sahabatku...,
Apa yang telah ku alami sekarang.

Panjangnya cerita ini,
Hingga tinta lautan Nil pun belum tentu mencukupi,

Kerana menjadi seorang siswi,
Kadang-kala membuatkan hati merasa sesak bagaikan ribuan...bahkan jutaan manusia bersesakan dalam "kotak" dunia,
Aku merasakan seolah-olah tersepit antara 2 benua,
Kalam membisu,
langkah ku kaku,
bagai masa terhenti tika itu,

Dikala itu, En Prob. menyapa sinis dalam hatiku,
" macam la kau kuat sangat, sekali ku "tampar" dengan ujian dunia baru kau tahu, mengalah la"
Air mata kekesalan mulai meruntun keimanan di hati yang hanya tinggal senipis dedaunan hijau.

Kini aku punya satu hati,
tolong jangan dihancurkan,
tolong jangan dipermainkan,
kerana aku siswi biasa...masih berusaha menjadi luar biasa.

Beribu bintang di langit...ku kira adakah aku salah satu daripadanya ? ,
Ku lihat bulan terang sinarnya...adakah aku sinaran itu ? ,
Ku lihat matahari panas membahang... adakah aku setegas itu? ,
Ku lihat ombak beralun kencang...adakah aku sekuat itu ? ,
Ku lihat awan berarak biru...adakah aku setenang itu ? ,

Tapi ku lihat diriku,
Adakah aku hambaMu yang bersyukur...?.


Nukilan,

_Master91_
0959 AM/ 27.02,13



Tuesday, February 12, 2013

Bergembiralah duhai hati, jangan dikesali…



ku lihat …sinar,
Menggapai ke arahku…bayu membisik syahdu,
‘la tahzan…ya qalbi, innallaha ma’ana,
Percayalah semua ini tidak sia-sia,
Kerna tersingkap dihadapanmu

     “hikmah”

Hikmah itu tidak akan muncul,
 jika tidak dicari,
tidak akan diketahui,
jika tidak diselidiki,
tidak akan terkesan di hati,
jika diri tidak kembali kepada pada ilahi yang mencipta segala yang ada di langit dan bumi serta seluruh alam semesta umumnya,


boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.
(Surah Al-Baqarah: 216)



_ujian itu perit, perlu diatasi dengan mujahadah diri, TETAPI..segalanya menjadi mudah jika kita meletakkan pergantungan diri kepada Allah, ittaqullah_
Jazakillah sahabatku,
Nur jadid hadirmu diizinkan oleh Allah, peneman hati di kala suka dan duka. 


Thursday, February 7, 2013

Sabarlah ye..:)


KESABARAN yg sebenarnya adalah kesabaran yg diiringi dgn amal perbuatan, bkn SEKADAR ucapan

Ok bersambung kembali...sebelum ni saya ada cerita pasal S.A.B.A.R.  ingat tak??

A: Kita selalu dengar dan tahu “sesungguhnya sabar itu, sebahagian daripada iman”.

B: “Ala...mudah la cakap, cer try sabar tengok” (balas si polan dengan nada tidak berpuas hati dengan kenyataan si A)”.

A: “nampaknya..susah betul awak nak berenggang dengan dunia , cuba lah berlapang hati     dengan ujian yang kamu hadapi sekarang”.

B: “Apa..? apa maksud awak”

A: Mungkin kamu fikir, sabar itu hanya pada amal/perbuatan sahaja bukan?

B: Ya sudah semestinya..habis tu, kalau tidak pada amal/perbuatan, harus bersabar pada aspek apa lagi?

A:  J Bersabar itu seharusnya seiring antara amal/perbuatan dan juga HATI .jika beres pada soal hati, maka terzahirnya amal yang baik dan tak dapat disangkal lagi.

“Ada seketul daging dalam diri manusia, jika baik daging itu, maka baiklah seluruhnya…daging itu ialah hati”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

B: …..ok.( ada ubi ada batas, ada hari akan ku balas…nantikan hujah ku.)

                                                                        -To Be Continued-

Siapa kata TAK Sudi...?

" Andai CINTA bertandang di HATI..,

Namun perlu diingat dari mana CINTA itu hadir dan bagaimana ia di salurkan, apakah benar caranya atau tidak..??,

Sememangnya CINTA itu membuatkan kita terawang-awangan hingga kadang-kala lupa bertapak kembali ke bumi..,

CINTA itu fitrah, sesuatu yang masih terpelihara, tidak dapat dinafikan atau dihalang.., Namun perlu di "COVER" agar tidak dikotori dugaan duniawi..

Jangan cepat melatah jika diuji dengan hadirnya CINTA insan dalam hati kamu hingga sanggup KAMU gadaikan prinsip KAMU .Dahulu katanya A..kini katamu B."


* guane nak kabo?? he2. mudah betul kamu berpaling HATI.  Something wrong at some where...
Aha..bagaimana HDA kamu? ni bukan formula biologi,kimia, fizik...tapi Hubungan Dengan Allah.  Apa-apa masalah berlaku sila cek kembali HDA.  Mungkin ada lompangan dalam hati kamu.  Ehmm..cer try cek mula..(3 tahun study kat kelate tak kecek kelate...loni berhabuk kecek kelate. ish2 :)

Ingat ya, CINTA itu tidak buta,

tidak membinasakan diri,

tetapi...manusia itu yang buta dan menyalah gunakannya.. T_T.




"dahulukan cinta kepada Allah, nescaya akan diaturkan sesuatu yang terbaik buatmu"

p/s: mungkin dihadirkan cinta insan hanya sekadar ujian..
     
"wahai sahabat ku..jangan mudah goyah cintamu pada Allah.  kukuhkan hati, pasakkan Iman.    bukan kamu sahaja yang diuji sebegini...kerna Aku jua turut tertimpa perkara sedemikian...sungguh MUJAHADAH itu perit...kerna syurga itu mahal harganya.." T_T

                                                         -to be continued-