Tuesday, July 9, 2013

Jangan jadikan masa 'MUDA'mu sekadar memori.

Assalamua'laikum...

kaifa haluk?  moga semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah.
sebelum ni, post yang lepas ada juga cerita perkara yang berkaitan dengan masa 
[  "What we call a L.I.F.E...."    ].

kali ini nak berkongsi la serba sikit cerita yang berkaitan.

Terkejut> Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un
Hari kedua sejurus pulang dari "bumi" yang penuh kesibukan, dikejutkan sebentar dengan khabar berita salah seorang saudara yang dimasukkan ke wad pesakit di salah sebuah pusat perubatan di negeri Perlis.  Jadi kita sebagai insan yang masih baik kondisinya perlu menunaikan salah satu daripada  hak kita terhadap  saudara iaitu dengan menziarahi si pesakit.

Namun, kita hanya merancang Allah yang menentukan.  Allah izin, pesakit yang dicari-cari sememangnya dah discharge lama dah dari hospital. Cuma tak dapat makluman pasal tu saja

Sabarlah dulu...Istighfar
Perkara pertama bila dapat tahu hal tu,  mula-mula sebab pesakit tu dah stabil dari kondisi sakit tu, yang kedua...kita sendiri kena ajar diri untuk sentiasa bersabar.  Pada asalnya nak ziarah orang sakit, tiba-tiba tergendala rancangan tu.  Kalau tidak cuba sabarkan diri, dah tentu cakap pun main lepas saja.  Contohnya macam ni :

"Ala...buang masa saja, kalau la tahu nak jadi macam ni...tak payah la nak susahkan diri datang"
<statement macam ni kena dijauhkan,bila nak terasa sebut saja...cepat-cepat istighfar dalam hati>

: Ibarat macam api (kata-kata tidak baik) yang nak mula menyala, cepat-cepat kita padamkan dengan air (Istighfar).  Takut merebak ke tempat lain pula.


Muhasabah sejenak
OK...kita sambung semula cerita tadi, masa terluang tadi tak dibiarkan begitu sahaja "angkat kaki, balik rumah".  Bukan begitu caranya, jadi masa perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan memerhati keadaan sekeliling wad pesakit.  Muhasabah diri, bukan sahaja dengan memahami apa yang terkandung dalam tafsir al-Quran dan mentadabbur/ menghayati keindahan serta apa yang ada pada alam...malah menziarahi orang sakit pun salah satu cara.


Ucapkanlah...> "Syafakallah"

"Syafakallah..." Bila tengok ada orang kat situ yang guna alat pernafasan, ada yang kena suntik dengan jaram untuk salurkan air, yang sakit seluruh anggota badan, tapi kebanyakkan yang ada kat area tu semuanya dah berusia.  Tidak la menghairankan sangat bila ternampak, ada juga orang muda belia tapi terlantar juga kat katil "putih" hospital ...he2.  Bukan saja-saja nak ketawakan orang lain, tapi tiba-tiba teringat satatement ni "hidup masih muda ma..." (loghat chinesse).  Muda-muda la banyak check in kat "hotel" ni.






                    ......................>> To be continue.....<<....................

p/s: Salam Ramadhan>> raih peluang yang datang...sebelum ianya 'pergi' meninggalkan kita terkapai-kapai hanyut dalam dimensi kesibukan hidup sendiri.