Sunday, June 30, 2013

" What We Call a L.I.F.E...."

Assalamualaikum... (O_<)v

Alhamdulillah, dah lama tak update blog...sibuk la katakan. Itu la yang dinamakan hidup, sentiasa disibukkan dengan banyak hal/perkara, sama ada perkara: penting atau tidak.  kalau difikirkan sejenak, boleh la dikaitkan dengan surah al-Asr: ayat 1-3.

Maksudnya:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian- kecuali orang-orang yang beriman dan beramal 

soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Masa yang diberikan kepada manusia semuanya sama iaitu 24 jam dalam sehari.  Mungkin ada di antara kita yang sering kali merungut kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan suatu perkara hingga tertangguh.  Bagaimana dengan orang lain yang diberi tempoh masa yang sama dengan kita ?.  Mereka juga mempunyai kesibukan yang sama seperti kita bahkan lebih dari itu.  Misalnya bebanan tugasan kuliah, masa kuliah, masa rehat dan sebagainya. Jadi, apakah masalah yang menyebabkan kita merasa kekangan untuk melaksanakan kerja-kerja dan ibadat?.

Jawapannya ialah:
Keberkatan masa.  Yakni keberkatan masa yang kian menghilang dari hidup kita kerana tidak begitu beramal dengan apa yang dianjurkan oleh al-Quran dalam Surah al-Asr ( Demi Masa ) iaitu " berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.  So...tepuk dada ...tanya hati...jawab dengan Iman.> Mr.A

p/s: selebihnya mengenai tafsiran bagi surah al-Asr dan surah-surah pilihan lain dapat dirujuk melalui link di bawah:

"selamat menghadam ilmu...
hidup umpama hamparan kain yang perlu dilakar sesuatu padanya.
Sama ada lakaran itu  indah atau sebaliknya.
 Bergantung pada cara pelakar "hidup" itu sendiri".

Salah satu cara me"remaja"kan fikiran,
Mata semakin peka,
Hati takkan lupa."




Conversation between Mr.A and Master91: ( Selingan sebelum mengakhiri 'kalam' )


Master91: Lives always going through the same path even it make us feeling worse day by day.
Mr.A: But the path that we take will make our life not same anymore.
Master91: Its gonna be different ...if we chose the other way.
Mr.A: So the choice that we make is very important to determine the path of our life.
Master91:  OK... but there are a million question that we need to solve and answer it either yes or no. It always makes me dizzy and crying over.  Till tomorrow...and tomorrow.
Mr.A: We shouldn't have to cry for the question that we doesn't know.  Just going through and face it. 
Master91: Life likes a puzzle... if one pieces of it just missing/ doesn't suit  like that > there's no way to escape our self.
Mr.A: If we not care about the pieces with properly...we probably miss it.
Master91: So, we need to solve it...even we like it or not?.
Mr.A: Yeah, that why we named it as " spices" of life... we have to " taste" it.
Master91: Even it makes tears?.
Mr.A: That what we call a L.I.F.E....
Master91: The strengthens just cannot be seen by our physical only...but on our HEART.
Mr.A:  A life without tears is not a life.
Master91: So...lets make it harmony.
Mr.A: Yeah, harmonize the L.I.F.E.
Master91: OK.
Mr.A:  (smile)
Master91: The End....
Mr.A: To Be Continuing....
Master91: (sulking face) nope .


p/s: moralnya ialah....persiapkan diri dengan " senjata" ilmu tidak kira ilmu yang berkait dengan dunia atau akhirat. Kedua-duanya punya kepentingan dan kelebihan tersendiri. 


Jika kita menghadapi sebarang keadaan yang sukar dalam hidup....perkara utama perlu diingatkan ialah, TENANGKAN DIRI, POSITIFKAN MINDA dan hadapi segalanya dengan SENYUMAN.  Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita. Mohonlah kekuatan dariNya agar dipermudahkan segala ujian dan urusan dalam  hidup.  PERUBAHAN takkan datang dengan begitu sahaja. ...maka CARILAH di segenap hidupmu.  setiap UJIAN yang datang atas kemampuan hamba itu sendiri " la yukallifullahu nafsan illa wus'aha".  Kadang -kala ujian bukan sahaja datang dalam bentuk kesusahan, ia juga menghampiri kita dalam bentuk kesenangan ...keberangkalian menguji sejauh mana seseorang hamba itu mensyukuri dan menghargai nikmat yang di limpahkan kepada hambaNya.

tambahan pula,

berdasarkan FirmanNya:
" Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan diri mereka sendiri...."

ini bukan bererti Allah tidak membantu hambaNya yang kesusahan, tetapi di sebalik kesusahan kita akan dapat merasai dan melihat sejauh mana pergantungan kita pada Nya tika susah mahupun senang.  

POSITIFKAN MINDA + USAHA + DOA + TAWAKAL PADA ALLAH=  kejayaan...dapat diraih dengan izinNya.



010713/12:27AM
: masih jauh dari pandangan mata keluarga tersayang



_ Master91_ > Mr.A. (O_<)-V



A day after tomorrow. i.Allah would be my day :)