Friday, January 25, 2013

Tuju Kasut---Malas??


s

 emua orang boleh kata “fokus penting dalam mencapai suatu matlamat”.  

Tetapi, berapa peratuskah orang yang berjaya mengaplikasikan fokus dalam 

 kehidupan?

                                           -Master91-



                         “Fokus, fokus, fokus…!! Kenapa susah sangat nak fokus” . 

Fokus merupakan perhatian yang diberikan oleh seseorang terhadap sesuatu perkara yang khusus atau penting. Kalau tidak penting , mesti ada di kalangan kita yang tidak fokus@ tumpukan perhatian.  Betul kan?.

         Ilham yang mencetuskan tajuk pada kali ini bermula sejak mengikuti kem BISAFA( bina sahsiah & amali fardhu a’in) di salah sebuah SMKA di negeri perlis.  Pada waktu itu saya melibatkan diri sebagai salah seorang fasilitator.  Diringkaskan cerita, pada hari terakhir kem tersebut diadakan aktiviti eksplorace dan saya ditugaskan untuk menjaga checkpoint aktiviti “tuju kasut”.  

         Nampak permainan ini agak mudah berbanding checkpoint lain yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi, namun saya menjadikan  sedikit kesukaran pada permainan tersebut dengan meletakkan jarak yang jauh.  Jadi, kesukaran yang sengaja diwujudkan bertujuan bagi mengukur tahap tumpuan @ fokus para peserta kem yang terlibat.  Tambahan pula, tahap kesukaran semakin menjadi-jadi 


       kerana saya mensyaratkan kepada peserta perempuan iaitu setiap ahli kumpulan hanya boleh melakukan setiap orang sekali sahaja dan kumpulan tersebut mesti menjatuhkan kasut sebanyak 4 kali. Jika tidak menepati syarat yang ditetapkan, kesemua ahli kumpulan akan dikenakan hukuman.  Bagi peserta lelaki syarat yang dikenakan ialah menjatuhkan kasut sebanyak 5 kali dan jika tidak menepati syarat yang dikenakan, kesemua ahli kumpulan akan menerima nasib yang sama seperti peserta perempuan. Sejurus kemudian, mereka akan diberikan checkpoint yang seterusnya.

                Terdapat beberapa kumpulan sahaja yang melepasi cabaran ini, manakala kumpulan yang tidak berjaya terpaksa menerima hukuman sebelum beralih ke checkpoint yang seterusnya.  Berdasarkan permainan yang dilakukan, dapat saya simpulkan beberapa sikap manusia yang keberangkalian berlaku dalam kehidupan kita samada sedar atau tidak sedar.  

Antaranya ialah:

 (1)      -Tidak berjaya –:(terdapat dua golongan)-1) tidak dapat jatuhkan langsung tetapi masih ada semangat walaupun terdapat keberangkalian akan dapat menjatuhkan kasut walaupun sekali. Namun terpaksa menerima hukuman.  Mereka juga merupakan orang yang tidak mudah patah semangat dan sentiasa berusaha sehabis daya.  Orang yang bersikap sebegini akan cuba berkali-kali sehingga berjaya mencapai matlamat. 

    - Patah semangat, banyak merungut, tidak cuba fikir strategi yang baik, tidak bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara walaupun dalam permainan
     (2)     Berjaya: berjaya menjatuhkan kasut ikut syarat dan ada ahli kumpulan yang tidak sampai giliran untuk menjatuhkan kasut cepat berpuas hati dengan matlamat yang dicapai hingga melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya di laksanakan oleh setiap ahli kumpulan.  Ingat...langit tidak selalu cerah ( kita tidak akan selalu diulit kesenangan dalam hidup).  Bila ditanya “apa manfaat yang dapat diperoleh melalui permainan ini?”  Kamu semua tahu apa yang dijawab oleh kesemua kumpulan yang bermain permainan ini?




FOKUS

Sedih + terkejut bukan..?,Memang gembira kalau orang dapat manfaat dari permainan @ 
perkara yang kita bentangkan.  Sedihnya sebab: kebanyakan dari kita tahu asas yang boleh bawa kepada kejayaan tetapi kita sendiri pun tidak cuba laksanakan.  Betul kata 

Master91:

semua orang boleh kata “fokus penting dalam mencapai 
suatu matlamat”.  
Tetapi, berapa peratuskah orang yang berjaya mengaplikasikan
 fokus dalam kehidupan?

P/s: Doa + Fikir + Sedar + Laksana + Tawakal = Rasailah perubahan yang positif dalam hidup kamu.






perbincangan/kauseling perlu bagi mengenalpasti potensi seseorang

No comments:

Post a Comment