Tuesday, January 29, 2013

Bahana Laman Sosial..

Assalamualaikum..

Semoga sahabat IT sentiasa dalam naungan rahmatNya..May Allah Bless you. :)

Baiklah..buat sekian kalinya, admin nak cerita sikit tentang isu ini.  Bukan Admin ini orang yang anti IT / Sosial...tapi admin sendiri pernah merasai peritnya berkomunikasi dalam alam siber ni. Saya akui ini merupakan medium komunikasi yang MUDAH..tapi MUDAH juga mengundang masalah..he2.

Dari segi kos memang 100 percent jimat ( kecuali charge internet ) sampai tangan pun non-stop guna internet.  Dari pagi----petang----malam (tapi ibadah wajib: SOLAT LIMA WAKTU jangan stop pula :) )

Admin pun tak tahu la...mungkin hal ini tidak terjadi kepada orang lain, tetapi apa yang saya ingin katakan komunikasi siber ini merupakan salah satu komunikasi bertulis yang kurang melibatkan nada/ gaya bahasa seseorang hingga boleh menimbulkan salah faham antara kedua-dua pihak, iaitu pengirim mesej dan penerima mesej dalam memahami mesej yang di hantar.

Misalnya:

A: salam.

B: wassalam.

A: awak, kita tak perlu lah mesej. anggap saya tak kenal awak, dan awak tak kenal saya. untuk menjaga kemaslahatan hati la katakan.

B:  :) ok..baik. lagipun saya tak ada perasaan pada sesiapa.  Cinta saya hanya pada Allah.ok lah..tak ada apa-apa kan.wassalam

A: (monolog: erkk..ni faham ke tak? whatever...lain yang nak cerita, lain yang dia faham. )

                                             ***************************

p/s: Alhamdulillah baguslah..menumpahkan cinta sepenuhnya pada ilahi.  tapi nampak kan mesej yang nak disampaikan oleh pengirim mesej kurang berkesampaian.  kesian si pengirim mesej, sampai tergaru-garu kepala yang tak gatal.he2. :)

lain yang nak disampaikan...lain pula yang dia faham.

penggunaan emoticon dalam mesej juga memainkan peranan bagi menggambarkan perasaan pengirim tersebut. jika gembira :), jika sedih :( jika menangis T_T..dll.

si penerima mesej itu pun satu, jangan terus jadi orang yang terlalu stereotaip, buat kesimpulan sendiri.  kalau tidak jelas dengan mesej yang diterima, sila bertanya semula kepada si pengirim mesej.  :)

Tambahan pula, admin pernah mesej dengan seorang sahabat fb, banyak kali salah faham.tapi apa nak buat. :) kita hanya manusia, tak terlepas dari membuat kesilapan.

MORAL:  Mesej yang nak disampaikan mestilah jelas.  Jangan sampai mesej yang nak disampaikan itu bertukar format pula :)  faham tak?. he2.  Baiklah, andai ada kesalahan dalam new entry ini, mohon dimaafkan.

_Perbaiki Diri, Hiasi Peribadi_

* CONTOH yang digambarkan dalam entry kali ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada.  hanya sebagai pedoman kita semua. sebarang komen boleh diajukan. syukran jazilan.

wassalam,
_Master91_



5 comments:

  1. orang lain pernah alami tak hal macam ni?

    ReplyDelete
  2. pernah..tp xde la kluar perkataan menjaga kemaslahatan hati..dan ayat xde la sesopan spt diatas..wallahualam :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. jika ada cadangan tajuk yang ingin diusulkan, boleh kemukakan kepada saya. :) syukran.

      Delete