Monday, January 28, 2013

5 minit membaca warkah cintaNya..

    (1)   FirmanNya:


“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah  ...”
  
                                                     At-Taghaabun: Ayat 11




    (2)    FirmanNya:

“..boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

Al-Baqarah: Ayat 216




(3)   FirmanNya:   “Dan apabila kami berikan kesenangan kepada manusia nescaya berpalinglah dia ; dan membelakang dengan sikap yang sombong ; dan apabila dia ditimpa kesusahan nescaya dia berputus asa.”

Al-Israa’: Ayat 83




(4)       FirmanNya:  “Katakanlah: kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat –kalimat tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat tuhanku , meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.”

Al-Kahfi: Ayat 109




(5)   FirmanNya:  “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan dengan bermacam-macam cubaan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “bilakah datangnya pertolongan Allah?” ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Al- Baqarah: Ayat 214






_indahnya hidup bersyariat_

p/s: guane? dah rasa cintaNya. :)

No comments:

Post a Comment